OBJEKTIF

Pekerja yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam merupakan intipati kepada istilah integriti dan etika.

Dengan kata lain integriti dan etika dalam kerja serta organisasi bukan sekadar penglibatan diri individu untuk menyediakan keperluan dirinya sahaja sebaliknya melibatkan tindakan baik yang dilakukan dalam pekerjaan.
 
Sehubungan dengan itu, Pelaksanaan Malaysian Standard (MS) ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah untuk membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berterusan. Selain itu, ianya memastikan saluran aduan integriti dikendalikan dengan berkesan, mesra pengguna dan menjamin kerahsiaan maklumat pengadu.

Kaji selidik ini dijalankan bagi melihat tahap kefahaman pekerja SSM berkaitan Pelaksanaan Pensijilan ABMS di SSM 

T