Screen Reader Mode Icon
Tuan/ Puan,


Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

Untuk makluman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan survei bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan penginstitusian integriti di badan berkanun.

Pelaksanaan penginstitusian integriti yang dimaksudkan adalah bagaimana badan berkanun melaksanakan pelbagai usaha kawalan dalaman untuk menguruskan integriti dalam organisasi agar selari dengan PPSM versi 1.0 (2022) Ceraian SP.1.2.1: Penubuhan Unit Integriti Di Semua Sektor Awam (SP. 1.2.1) dan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 1 No. 1 Tahun 2018 (YAB PM Siri 1, No 1/2018), Penubuhan Unit Integriti Dan Governans Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat-Syarikat Yang Dimiliki Oleh Kementerian Dan Agensi Kerajaan Termasuk Di Bawah Kerajaan Negeri.

Objektif survei ini adalah untuk mengenal pasti senario pelaksanaan penginstitusian integriti di badan berkanun melalui aktiviti pengurusan aduan integriti, pengukuhan integriti dan pematuhan.

Sehubungan dengan itu, sukacita sekiranya tuan/ puan dapat memberikan kerjasama dengan melengkapkan survei ini dan memberikan pandangan serta cadangan tambahan sekiranya ada. Penemuan kajian ini amat berguna dalam membantu SPRM dan badan berkanun berkaitan untuk mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan penginstitusian integriti pada masa hadapan.

Kerjasama tuan/ puan juga dimohon agar dapat melengkapkan survei ini selewat-lewatnya pada 29 November 2024 (Jumaat) pukul 5.30 petang. Penyertaan tuan/ puan adalah penting dalam memastikan dapatan kajian yang menyeluruh diperoleh. Maklumat yang diterima adalah SULIT dan hanya akan digunakan untuk tujuan analisis dan akan diterbitkan dalam bentuk angka-angka umum bagi tujuan penyediaan laporan.


Perhatian dan kerjasama tuan/ puan dalam menjayakan survei ini amat dihargai.


Sekian, terima kasih.



Urus setia kajian
Cawangan Kajian & Penarafan
Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Tel.: 03-88911821/ 1687/ 1646/ 1164/ 1921/ 1324



PERINGATAN PENTING!

SURVEI INI HANYA PERLU DIISI SEKALI SAHAJA BAGI SETIAP PEGAWAI/ KAKITANGAN.
0 of 32 answered
 

T